Saturday, September 13, 2008


"Ku mengharap kan Ramdhan kali in penuh makna. agar dapat ku lalui dengan sempurna". Asyik tatkala mendengar alunan lirik lagu kumpulan Raihan ini. Ramdhan yang datang membawa satu seribu rahmat kepada umat muslim. Wajah keluarga selalu terbayang setiap kali berbuka dan bersahur. Suasana ramdhan di kampus dan di kampung jauh berbeza. Sudah menjadi kebiasaan saya akan menunaikan solat tarawih setiap kali kedatangan ramdhan yang mulia ini.Hati saya begitu terusik melihat seorang kanak-kanak kecil, yang begitu comel membaca Al-Quran. Wajahnya sungguh bersih dan hati akan tenang melihat wajah keanakan yang begitu comel dan manja dengan alunan suara yang lunak.. Semua mata yang ada di dalam masjid memandangnya...Dia tersenyum comel.

4 comments:

Chempaka Aizim said...

salam zali,

maaf kerana menceroboh teratak anda tanpa undangan. kita berkongsi pengalaman yang amat berbeza. amat seronok dengan aura apabila pulang dari terawih berjemaah di surau di sini. bagi saya, pengalaman pulang ke kamar dengan kain telekong masih melitupi tubuh bersama teman-teman sukar untuk saya gali di singapura. ada suasana kampung yang payah saya temui di kota metropolitan itu. justeru pengalaman ini amat berharga bagi saya.

aisya

zali said...

sya...

terima kasih megunjungi teratak saya yang tak seberapa ini..

di harap sya gembira di sini dan menimba pengalaman sebanyak mungkin..
bak kata pepatah
"tuntulah ilmu sampai ke negeri cina"

nakumie said...

SALAM zALI..

Salam Ramadhan buat sahabatku Radzali bin Md Said....

Rinkizika said...

salam zali...
lirik lgu ni mmng mdlm... slamt bpuasa la d bcti hari raya