Saturday, September 6, 2008


GULI....

Melihat pada biji-biji guli ini teringat hamba pada zaman kanak-kanak. bersama Tuah,Roy arwah Amir,Abang Napi dan ramai lagi kawan kami bermain di satu kawasan di tanah lapang di bawah pokok mempelam yang merimbun dengan daun-daun yang menghijau. warna-warna guli yang pelbagai menyamai warna kehidupan kami pada zaman kanak-kanak. Guli ini juga menjadi lambang persahabatan kami sehingga ke hari ini. Saat-saat bermain guli begitu menyeronokan sehingga kami alpa untuk makan dan membuat kerja sekolah. Rindu hamba pada zaman kanak-kanak apabila melihat sebiji" GULI"

3 comments:

Mazura said...

zaman kanak2 merupakan zaman yang indah untuk dikenang..kalau boleh ingin ku kembali ke zaman itu..banyak kenangan yang tidak ku lupakan sampai bila2.

Mawar said...

Zali
memang membahagiakan menjadi anak2 kembali. kita kembali jadi riang seperti rama2 yang terbang di dalam taman. semoga ia banyak memberi inspirasi. selamat menulis!

zali said...

terima kasih dr sudi singgah di laman 7787 saya...insyallah saya akan berusah..rama-rama yang terbang sangat cantik namun kecantikan itu harus dipelihara dan dijaga...