Ikhlas Dari Aku...
teman..
andai luah tersilap
maaf dipinta..
andai laku terkasar
tegur diharap
andai gurau terasa
jangan disimpan
andai aku pergi dulu
al-fatehah dipinta...
kau sahabat kau teman...
Wednesday, September 17, 2008
Tuesday, September 16, 2008
Saturday, September 13, 2008

"Ku mengharap kan Ramdhan kali in penuh makna. agar dapat ku lalui dengan sempurna". Asyik tatkala mendengar alunan lirik lagu kumpulan Raihan ini. Ramdhan yang datang membawa satu seribu rahmat kepada umat muslim. Wajah keluarga selalu terbayang setiap kali berbuka dan bersahur. Suasana ramdhan di kampus dan di kampung jauh berbeza. Sudah menjadi kebiasaan saya akan menunaikan solat tarawih setiap kali kedatangan ramdhan yang mulia ini.Hati saya begitu terusik melihat seorang kanak-kanak kecil, yang begitu comel membaca Al-Quran. Wajahnya sungguh bersih dan hati akan tenang melihat wajah keanakan yang begitu comel dan manja dengan alunan suara yang lunak.. Semua mata yang ada di dalam masjid memandangnya...Dia tersenyum comel.
Saturday, September 6, 2008

GULI....
Melihat pada biji-biji guli ini teringat hamba pada zaman kanak-kanak. bersama Tuah,Roy arwah Amir,Abang Napi dan ramai lagi kawan kami bermain di satu kawasan di tanah lapang di bawah pokok mempelam yang merimbun dengan daun-daun yang menghijau. warna-warna guli yang pelbagai menyamai warna kehidupan kami pada zaman kanak-kanak. Guli ini juga menjadi lambang persahabatan kami sehingga ke hari ini. Saat-saat bermain guli begitu menyeronokan sehingga kami alpa untuk makan dan membuat kerja sekolah. Rindu hamba pada zaman kanak-kanak apabila melihat sebiji" GULI"
Friday, September 5, 2008
SEDIKIT LATAR BELAKANG ZALI

-RADZALI BIN MD SAID (A119684)
-DI BESARKAN DI FELDA PURUN 28330 TRIANG PAHANG DARUL MAKMUR
-MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PURUN DAN SEKOLAH MENEGAH PURUN(SMP)
-SETERUSNYA MELANJUTAKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM)DALAM BIDANG SASTERA
-LAHIR PADA 7.JULAI.1987
-INGIN MENJADI PENULIS WALAU PADA AWALNYA CITA-CITA INGIN MEJADI GURU
"ANAK FELDA MAMPU MENGHARUNGI ARUS GLOBALISASI"
Subscribe to:
Comments (Atom)