Wednesday, November 19, 2008

kepada kawan-kawan selamat bercuti dan hidup gembira bersama keluarga..minta maaf kepada kawan-kawan sekiranya semasa jamuan hari itu ada yang tidak berpuas hati tak kira dari segi apapun..kita manusia tidak lari dari membuat silap..

Tuesday, October 21, 2008


walau kepenatan terasa namun hati gembira..lawatan ke perak sungguh menyeronokkan dan bagai tidak mahu pulang. tidak cukup rasanya perjalnan 2 hari. 2 hari bagi kami terasa seperti 2 detik yang menemani kami. perjalanan ini mengajar kami erti persahabatan yang tidak ternilai harganya dengan sebutir mutiara yang penuh tersurat dan tersirat..moga ukuwah yang terjalin terus berkekalan...

Sunday, October 12, 2008

walau apa terjadi hidup mesti diteruskan...
hidup mesti berani terima kenyataan...(laila isabella january 2003)

anak pak salleh main guli
main guli dengan ali
hidup ini memang diuji
hendaklah sabar menghadapi

pentas lakonan semata-mata....


hidup ini hanya pentas lakonan semata-mata. dunia ini sebagai pentasnya. manusia pula sebagai watak utamanya dan perwatakannya adalah tingkah laku. matahari dan bulan adalah lampunya. alam sekeliling sebagai latar tempatnya. dosa dan pahala adalah permakahanya. malaikat sebagai jurinya dan syurga neraka hadiah utamanya..Allah penentu segalanya...

renung-renungkan dan selamat beramal...

Thursday, October 9, 2008


memang sudah kebesarannya...tiada siapa dapat melawan maha kuasanya..sesungguhnya dialah yang satu yang wajib disembah dan tiada tuhan melainkanya...tanda suci dan kebesaraanya sudah terang pada dahi bayi yang suci ini. alangkah bertuah sekiranya diri ini ada di tempat bayi berkenaan...bayi ini sungguh istimewa..semoga hidupnya sentiasa diberkati...sesungguhnya maha kuasa tuhan tiada bandinganya.. renung-renungkan dan selamat beramal

Wednesday, October 8, 2008

kawan-kawan kenapa masalah tak pernah habis..boleh bagitau sebabnya tak?

Tuesday, October 7, 2008


penat sudah kaki ini melangkah..sudah banyak yang dilalui.. suka,duka,gembira,sedih namun itu mengajar saya erti dewasa. hidup kena berani terima kenyataan. walau apa terjadi terus pandang hadapan dan jangan toleh kebelakang lagi..dalam kehidupan yang penuh onak dan duri ini pelbagai cabaran dan rintangan yang harus di hadapi..pelbagai masalah yang ada. masalah yang tidak pernah selesai. namun masalah ini akan mematangkan kita..renung-renungkan dan selamat beramal...

Sunday, October 5, 2008


keheningan satu syawal yang begitu indah ketika keluarga berkumpuldalam satu bumbung. kemeriahan pagi syawal begitu dirasai. kemaafan dipinta kepada ibubapa dan adik beradik atas kesalahan yang pernah dilakukan. linangan airmata yang jatuh pada pagi syawal sungguh bemakna..airmata yang jatuh adalah airmata kegembiraan..selepas bermaafan sembahyang raya tidak dilupakan dan amalan kunjung mengunjung masih berterusan..sahabat handai yang dirindui dapat ku temu pada pagi syawal..moga syawal ini menjadi kenagan indah..salam lebaran...
satu kawsan yang sungguh tenang dan menyamankan. sungai pahang menjadi tempat untuk saya memancing bersama kawan-kawan. kesabaran yang tinggi diperlukan untuk memancing. sungai pahang ini cantik namun apabila ia mengganas habis segalanya. apabila musim tengkujuh sungai ini akan mengganas dan meneybabkan banjir. ketenangan tidak lagi dapat dirasai dan hanya kesedihan dan penderitaan sahaja

ramadan yang indah sudah berlalu pergi meninggalkan kita. bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan pasti akan dirindui oleh semua orang. syawal yang datang disambut dengan penul kesyukuran. namun jangan kita lupa pada mereka yang sudah tiada.al-fatehah pada mereka yang tiada..

Wednesday, September 17, 2008

Ikhlas dari aku

Ikhlas Dari Aku...

teman..
andai luah tersilap
maaf dipinta..
andai laku terkasar
tegur diharap
andai gurau terasa
jangan disimpan
andai aku pergi dulu
al-fatehah dipinta...
kau sahabat kau teman...

Tuesday, September 16, 2008


bangunan yang penuh dengan ilmu ini tersegam indah walupun matahari merobek ke arahnya..impian ingin ke bangunan ini pada satu hari nanti harap-harap menjadi kenyataan tetapi bukan sebagai pegunjung tetapi sebagai seorang yang menyumbang bakti..impian ini akan ku kejari....

Saturday, September 13, 2008


"Ku mengharap kan Ramdhan kali in penuh makna. agar dapat ku lalui dengan sempurna". Asyik tatkala mendengar alunan lirik lagu kumpulan Raihan ini. Ramdhan yang datang membawa satu seribu rahmat kepada umat muslim. Wajah keluarga selalu terbayang setiap kali berbuka dan bersahur. Suasana ramdhan di kampus dan di kampung jauh berbeza. Sudah menjadi kebiasaan saya akan menunaikan solat tarawih setiap kali kedatangan ramdhan yang mulia ini.Hati saya begitu terusik melihat seorang kanak-kanak kecil, yang begitu comel membaca Al-Quran. Wajahnya sungguh bersih dan hati akan tenang melihat wajah keanakan yang begitu comel dan manja dengan alunan suara yang lunak.. Semua mata yang ada di dalam masjid memandangnya...Dia tersenyum comel.

Saturday, September 6, 2008


GULI....

Melihat pada biji-biji guli ini teringat hamba pada zaman kanak-kanak. bersama Tuah,Roy arwah Amir,Abang Napi dan ramai lagi kawan kami bermain di satu kawasan di tanah lapang di bawah pokok mempelam yang merimbun dengan daun-daun yang menghijau. warna-warna guli yang pelbagai menyamai warna kehidupan kami pada zaman kanak-kanak. Guli ini juga menjadi lambang persahabatan kami sehingga ke hari ini. Saat-saat bermain guli begitu menyeronokan sehingga kami alpa untuk makan dan membuat kerja sekolah. Rindu hamba pada zaman kanak-kanak apabila melihat sebiji" GULI"

Friday, September 5, 2008

SEDIKIT LATAR BELAKANG ZALI


-RADZALI BIN MD SAID (A119684)
-DI BESARKAN DI FELDA PURUN 28330 TRIANG PAHANG DARUL MAKMUR
-MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PURUN DAN SEKOLAH MENEGAH PURUN(SMP)
-SETERUSNYA MELANJUTAKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM)
DALAM BIDANG SASTERA
-LAHIR PADA 7.JULAI.1987
-INGIN MENJADI PENULIS WALAU PADA AWALNYA CITA-CITA INGIN MEJADI GURU
"ANAK FELDA MAMPU MENGHARUNGI ARUS GLOBALISASI"