Tuesday, October 21, 2008


walau kepenatan terasa namun hati gembira..lawatan ke perak sungguh menyeronokkan dan bagai tidak mahu pulang. tidak cukup rasanya perjalnan 2 hari. 2 hari bagi kami terasa seperti 2 detik yang menemani kami. perjalanan ini mengajar kami erti persahabatan yang tidak ternilai harganya dengan sebutir mutiara yang penuh tersurat dan tersirat..moga ukuwah yang terjalin terus berkekalan...

Sunday, October 12, 2008

walau apa terjadi hidup mesti diteruskan...
hidup mesti berani terima kenyataan...(laila isabella january 2003)

anak pak salleh main guli
main guli dengan ali
hidup ini memang diuji
hendaklah sabar menghadapi

pentas lakonan semata-mata....


hidup ini hanya pentas lakonan semata-mata. dunia ini sebagai pentasnya. manusia pula sebagai watak utamanya dan perwatakannya adalah tingkah laku. matahari dan bulan adalah lampunya. alam sekeliling sebagai latar tempatnya. dosa dan pahala adalah permakahanya. malaikat sebagai jurinya dan syurga neraka hadiah utamanya..Allah penentu segalanya...

renung-renungkan dan selamat beramal...

Thursday, October 9, 2008


memang sudah kebesarannya...tiada siapa dapat melawan maha kuasanya..sesungguhnya dialah yang satu yang wajib disembah dan tiada tuhan melainkanya...tanda suci dan kebesaraanya sudah terang pada dahi bayi yang suci ini. alangkah bertuah sekiranya diri ini ada di tempat bayi berkenaan...bayi ini sungguh istimewa..semoga hidupnya sentiasa diberkati...sesungguhnya maha kuasa tuhan tiada bandinganya.. renung-renungkan dan selamat beramal

Wednesday, October 8, 2008

kawan-kawan kenapa masalah tak pernah habis..boleh bagitau sebabnya tak?

Tuesday, October 7, 2008


penat sudah kaki ini melangkah..sudah banyak yang dilalui.. suka,duka,gembira,sedih namun itu mengajar saya erti dewasa. hidup kena berani terima kenyataan. walau apa terjadi terus pandang hadapan dan jangan toleh kebelakang lagi..dalam kehidupan yang penuh onak dan duri ini pelbagai cabaran dan rintangan yang harus di hadapi..pelbagai masalah yang ada. masalah yang tidak pernah selesai. namun masalah ini akan mematangkan kita..renung-renungkan dan selamat beramal...

Sunday, October 5, 2008


keheningan satu syawal yang begitu indah ketika keluarga berkumpuldalam satu bumbung. kemeriahan pagi syawal begitu dirasai. kemaafan dipinta kepada ibubapa dan adik beradik atas kesalahan yang pernah dilakukan. linangan airmata yang jatuh pada pagi syawal sungguh bemakna..airmata yang jatuh adalah airmata kegembiraan..selepas bermaafan sembahyang raya tidak dilupakan dan amalan kunjung mengunjung masih berterusan..sahabat handai yang dirindui dapat ku temu pada pagi syawal..moga syawal ini menjadi kenagan indah..salam lebaran...
satu kawsan yang sungguh tenang dan menyamankan. sungai pahang menjadi tempat untuk saya memancing bersama kawan-kawan. kesabaran yang tinggi diperlukan untuk memancing. sungai pahang ini cantik namun apabila ia mengganas habis segalanya. apabila musim tengkujuh sungai ini akan mengganas dan meneybabkan banjir. ketenangan tidak lagi dapat dirasai dan hanya kesedihan dan penderitaan sahaja

ramadan yang indah sudah berlalu pergi meninggalkan kita. bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan pasti akan dirindui oleh semua orang. syawal yang datang disambut dengan penul kesyukuran. namun jangan kita lupa pada mereka yang sudah tiada.al-fatehah pada mereka yang tiada..